Semuanya kerana hadirmu

Posted by Syidah Abas | 12:15 PM | 0 comments »


Abi, cantikkah aku di matamu??

Posted by Syidah Abas | 9:43 PM | 0 comments »

setiap wanita itu cantik
(‘’,) (‘’,)

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia,namun...
harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

~kecantikan adalah milik semua~

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

Posted by Syidah Abas | 9:39 PM | 0 comments »

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam,
kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,
kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap,
dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran,
kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok,
kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif,
kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi,
kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

...insaf sebentar..syukur alhamdulillah masih punya hati yg sensitif utk merasakan segala rasa di sekitar diri.

Ketulusan Hati

Posted by Syidah Abas | 12:18 AM | 0 comments »

Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
cinta ku hanya indah
Hanya bahagia
Untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih ku

Mencintai mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai mu
Tak mengenal ragu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu
Selalu...

My Heart

Posted by Syidah Abas | 11:35 PM | 0 comments »


Di sini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Doa Buat Kekasih

Posted by Syidah Abas | 10:47 PM | 0 comments »


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah.... Seandainya telah Engkau catatkan.... Dia milikku tercipta buatku.... Satukanlah hatinya dengan hatiku.... Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi....

Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi.... Seiringkanlah kami melayari hidup ini.... Ketepian yang sejahtera dan abadi....

Tetapi ya Allah.... Seandainya telah Engkau takdirkan .... Dia bukan milikku.... Bawalah dia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah dia dari ingatanku.... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan.... Menolak bayangannya jauh ke dada langit.... Hilang bersama senja yang merah.... Agarku sentiasa tenang.... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.... Adalah yang terbaik untuk ku... Sesungguhnya Engkau maha mengetahui.... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.... Ya Allah..... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.... Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini... Janganlah Engkau biarkan aku sendirian.... Di dunia ini mahupun di akhirat... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai.... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.... Ya Allah..... Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka....

AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamiin...

Untuk yang bercinta

Posted by Syidah Abas | 10:16 PM | 0 comments »



"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

~Selamat Bercinta~

Madah Cinta

Posted by Syidah Abas | 10:12 PM | 0 comments »

"Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jikalau kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah. "

Detik Bersejarah

Posted by Syidah Abas | 10:00 PM | 0 comments »



Tarikh 24 Ogos 2006, aku selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki amat istimewa yang kugelar sebagai ABI. Istimewanya dia di mataku kerana bagiku dialah savior, perwira yang menyelamatkan aku sewaktu hidupku terumbang-ambing bagaikan kapal tiada layar dan kemudi. Semuanya bagaikan satu mimpi...

Perkenalan selama setahun yang bermula secara kebetulan mungkin terlalu singkat untuk mengenal hati budi seseorang seterusnya membuat keputusan yang amat besar dalam hidup. Tapi aku tawakal... Well, when you meet 'the right someone', you want the future to start as soon as possible.. Mungkin betul kata-kata itu. InsyaAllah, aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik pada masa yang tepat. Walaupun sebelum berkahwin terlalu banyak halangan yang hampir-hampir memisahkan kami, tapi aku pasti ada hikmahnya setiap yang terjadi. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang solehah, yang menyintai dan dicintai suaminya sepenuh hati sehingga ke akhir hayat ini... Aaamiiiiiin...