

Tarikh 24 Ogos 2006, aku selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki amat istimewa yang kugelar sebagai ABI. Istimewanya dia di mataku kerana bagiku dialah savior, perwira yang menyelamatkan aku sewaktu hidupku terumbang-ambing bagaikan kapal tiada layar dan kemudi. Semuanya bagaikan satu mimpi...
Perkenalan selama setahun yang bermula secara kebetulan mungkin terlalu singkat untuk mengenal hati budi seseorang seterusnya membuat keputusan yang amat besar dalam hidup. Tapi aku tawakal... Well, when you meet 'the right someone', you want the future to start as soon as possible.. Mungkin betul kata-kata itu. InsyaAllah, aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik pada masa yang tepat. Walaupun sebelum berkahwin terlalu banyak halangan yang hampir-hampir memisahkan kami, tapi aku pasti ada hikmahnya setiap yang terjadi. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang solehah, yang menyintai dan dicintai suaminya sepenuh hati sehingga ke akhir hayat ini... Aaamiiiiiin...
Arjuna Beta..Al-Juhaidy dan Juwita
12 years ago

0 comments
Post a Comment